# Assalamualaikum...Tak Jawab berdosa....hehehehe #

Saturday, 31 May 2008

Family Day MCCH -- Jumpa lagi Opah dan Paksu...


31 May 2008 -- Bertempat di Padang Cardinal Street, Hari Keluarga Malaysian Machester Comunity dilangsungkan....banyak acara hebat dijalankan tapi Tihani malu nak masuk...main lari-lari je kat padang ni...by the way...today is the last day Opah dgn Pak Su kat sini..banyak kenangan Manis Tihani dengan Opah dan Pak Su kat sini...lepas ni, rindu laaa Tihani...isk isk isk....

Concorde


22 May 2008 -- Hanya ada 7 sahaja Concorde yang digunakan oleh British Airways...Actually, concorde dah stop dah sekarang ni...dah jadi bahan sejarah...kalau nak tahu, concorde ni adalah kapalterbang supersonic pertama didunia....so, kitaorg tak lepaskan peluang utk bergambar dengan Aeroplane lagenda ni...

Wednesday, 28 May 2008

oLd tRAfForD


14 May 2008 -- Kali keberapa datang sini pun tak tahu laaa...tak jemu2..tapi itulah tempat paling menarik kalau nak bawak org Malaysia kat Manchester ni...Stadium Old Trafford

UEFA CUP Final dan Paralympic World CUP


13 May 2008 -- 2moro ada final UEFA Cup final between Glasgow Rangers Vs Zenit St Petersburgh di stadium Man City ni...but before the kick off, kita org datang survey dulu keadaan kat sini, rupa-rupanya stadium ni bukan sahaja jadi venue for UEFA final, tapi juga jadi venue utk sukan piala dunia Paralympic (org2 istemewa-OKU)...so, tak merasa olimpic, paralympic pun jadilah...Tihani nampak ramai kontijen yang dtg...contohnya dari Spain, China, German, USA dan banyak lagi...tapi tak nampak pulak kontijen dari Malaysia...ada ker?....

Tuesday, 20 May 2008

ThE bEaUty oF BatH


Last destination of our spring holiday adalah ke Bath...cantik tempat ni...kebetulan pulak masa pergi tu ada flower parade (tapi dah tak larat nak jalan, so tengok kot luar jer laaa)...kitaorg ronda tempat2 peninggalan sejarah Rome disini seperti Rome Bath, Bath abbey dan banyak lagi...very cool,calm and relaxing lah tempat ni....korang nak tahu...kat sinilah jugak tempat pengambaran siri "Dr Who" yang top meletup-letup kat UK ni...tapi cerita dia tak le best sangat....tahyul jer...hehehehehe

Sunday, 18 May 2008

WhiteHorse,Ladang Bunga dan The Ghost Village


4 May 2008 -- Sekarang ni tengah musim bunga/Spring Season....dah alang-alang sampai ke Stonhenge tu, Daddy pun terus bawak kitaorang pergi ke whitehorse...kemudian sempat menceroboh Ladang "Yellow Flowers" untuk bergambar......bukan senang nak bergambar dalam ladang yang saujana mata memandang ni...actually nak sampai ke tempat tu, Daddy bawak kereta dah rasa gerun sebab laluan jalan dia tak macam jalan raya biasa and suddenly terjumpa sign board "Tank Crossing". Rupa-rupanya kitaorang lalu tempat yang mana dikenali sebagai "Ghost Village"--Tempat askar british buat latihan ketenteraan. Fuuuhhhh...mencabar sungguh.

Thursday, 15 May 2008

WinDsoR CasTLe


4 May 2008 -- Queen Elizabeth, rumah dia kat sini la...so, secara rasminya, Tihani dah sampai kat rumah Elizabeth ni....situated near London City (dekat2 Heathrow), Daddy, Mama, Opah dengan Pak Su lepak kat sini lama jugak....jalan-jalan kat denai dia....menikmati keindahan alam dan suasana dekat sini....kami juga terserempak dengan ramai jugak rakyat Malaysia yang juga melawat di Castle queen ni...